Saturday, January 30, 2010

Salam Pengenalan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu. Alhamdulillah, idea bagi mewujudkan blog pra-u akhirnya tercapai. InsyaAllah blog ini akan dijadikan medium bagi pelajar-pelajar pra universiti/tingkatan 6 SMKA Al-Irshad bagi berinteraksi dan mempamerkan karya penulisan masing-masing. Selain itu, blog ini sedikit sebanyak akan memberikan panduan-panduan serta tips kepada pelajar bagi meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek termasuklah akademik dan sahsiah. Akhir kata diharapkan agar blog pra-u ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar pra-universiti di seluruh Malaysia amnya dan rakan-rakan pra-u di Al-Irshad khasnya. Sekian,Wassalam.

oleh: Muhammad Hasifi